Tips Membeli Rumah : Jenis Hartanah

Persoalan ini adalah soalan yang pasti perlu dijawab sebelum membeli rumah. Jenis hartanah banyak mempengaruhi keselesan, harga dan juga keupayaan untuk menjual/menyewa rumah anda itu.

Anda mesti tahukan, bahawa rumah bertanah seperti teres dan banglo biasanya mempunyai harga yang lebih mahal. Biasa la tu. Manakala rumah bertingkat seperti flat, apartmen dan kondominium harganya biasanya lebih rendah.

Namun harga rumah bertingkat juga bergantung dengan sama ada mempunyai lif, parking dan juga kolam renang. Kalau yang ada ketiga – tiga ini memang tinggilah harga dia.

Kalau yang ingin bagi menambah menambah pendapatan (cash flow) dengan menyewa, rumah bertingkat adalah pilihan anda. Manakala mereka yang menyasarkan capital gain, rumah bertanah lebih lumayan.

Jadi apakah faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum rumah?

1. Saiz keluarga
Mudah. Saiz keluarga besar, rumah besar. Saiz keluarga kecil sesuai rumah yang keluarga kecil.

2. Jenis kerja dan Pendapatan.
Bagi pendapatan kecil, belilah rumah bertingkat dahulu. Bila pendapatan sudah meningkat bolehlah berpindah ke rumah bertanah. Rumah bertingkat tu bolehlah disewakan.

Bagi rumah bertanah, selalunya kadar sewa selalunya lebih rendah dari bayaran bulanan. Jadi apabila anda berpindah, anda masih perlu membayar hutang bank bagi rumah anda sekarang dan rumah anda dahulu. Jadi pilihan lain adalah menjualnya. Namun proses menjual selalunya memakan masa. Ini akan memberi masalah bagi mereka yang berpendapatan (cash flow bulanan) cukup – cukup makan.

Jadi fikir betul-betul sebelum memilih jenis rumah anda !!