Tips Membeli Rumah : Lokasi

Antara faktor yang paling dititikberatkan zaman ini ketika mahu membeli rumah adalah lokasi. Terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi pilihan lokasi rumah anda :

Kemudahan/Keperluan Asas

Anda perlu mempertimbangkan lokasi kemudahan asas dengan rumah yang anda mahu beli. Antara kemudahan asas ialah kedai runcit, masjid, sekolah, klinik dan bank. Carilah lokasi rumah yang mempunyai kemudahan asas berhampiran supaya lebih mudah terutamanya ketika kecemasan (sakit dan sebagainya)

Pengangkutan Awam

Sangat penting kepada mereka yang tidak mempunyai kenderaan. Selidik dulu kekerapan bas dan teksi yang masuk ke kawasan perumahan dan paling baik ialah kawasan yang berhampiran dengan stesen kereta api. Tapi harus ingat kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan awan yang baik selalunya berharga lebih tinggi.

Jarak dari tempat kerja.

Penting bagi mereka yang tidak gemar memandu/travel jauh setiap hari. Tambahan pula denga kesesakan lalu lintas yang teruk jika bekerja di bandar.

Keselamatan.

Antara perkara yang sering dilupakan ketika membeli rumah. Statistik menunjukkan kawasan yang mempunyai ramai pendatang asing adalah lebih kerap berlakunya jenayah. Jadi pertimbangkan perkara ini. Selain itu, periksa sama ada kawasan itu mempunyai balai polis berdekatan atau tidak.

Jiran

Sebagai seorang Muslim, faktor siapa jiran anda adalah penting. Jadi selidik dulu siapa jiran anda. Adakah kawasan itu mempunyai komuniti yang erat silaturahimnya. Antara tips terbaik ialah dengan melihat jumlah jemaah yang solat di masjid atau surau di kawasan itu dan kekerapan program/aktiviti yang diadakan.

Nabi bersabda :

“Antara sumber kebahagian dan kesejahteraan seseorang Muslim, adalah mendapat rumah yang luas, JIRAN YANG BAIK dan kenderaan yang selesa.” (Riwayat Ahmad)

One Comment

  1. Pingback: #TipsSifu : Tips Membeli Rumah | Mencipta Hari Esok

Comments are closed.