Tips Membeli rumah : Jenis pegangan hak milik

Apabila membeli rumah anda perlu memastikan jenis pegangan hak milik anda terhadap tanah/rumah tersebut.Terdapat dua jenis pegangan hak milik iaitu (1) Pegangan Bebas (Freehold) dan (2) Pegangan Pajak (Leasehold)

Membeli hartanah pegangan bebas (freehold) atau dengan hak milik kekal bermakna anda mempunyai hak ke atas tanah tersebut untuk selama-lamanya.


Manakala hartanah pegangan pajakan (lease hold) pula bermakna anda hanya memiliki tanah tersebut selama tempoh pajakan, biasanya 99 tahun. Selepas tamat tempoh pajakan, hartanah tersebut hendaklah dipulangkan kepada pihak berkuasa, melainkan tempoh pajakan dilanjutkan dengan membuat bayaran premium.

Oleh itu, nilai pasaran hartanah pegangan bebas biasanya lebih tinggi berbanding hartanah pegangan pajakan. Nilai hartanah pegangan pajakan pula biasanya menurun apabila hampir kepada tempoh tamat pajakan.

Jadi fikir dan kaji masak masak dulu sebelum membeli rumah