Tips Membeli Rumah : Baca Yop !!

Betul. Memang setiap orang merasa teruja apabila mahu membeli rumah. Habis semua dokumen ditandatanganinya tanpa membacanya terlebih dahulu.

Walaupun anda berasa teruja sangat, pastikan anda membaca dulu surat tawaran dan segala dokumen. Kalau tak faham, jangan malu bertanya. Kalau ada kemusykilan dapatkan kepastian dengan pihak bank atau pemaju.

Manalah tahu. Lain yang mereka janjikan lain yang pula yang tertulis di dalam surat perjanjian dan dokumen. Ingat hak anda tetap hak anda. Jangan takut sebab andalah yang harus bayar bulan-bulan nanti.

Sikap : “Ala, sign je la. Nanti bayar je la bulan-bulan” itu harus dibuang. Jangan bila dah 10 tahun menetap di rumah itu dan bayar pinjaman, barulah nak perasan kesilapan anda. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi