Tips Kewangan : Sesak Nafasku

Harga minyak naik 20 sen

Harga makanan naik lagi.
Harga pakaian naik lagi

Selepas itu, anda sudah cuba kurangkan perbelanjaan.

Potong Unifi, ambil pakej internet lebih murah.
Potong Astro, tengok RTM hari hari.
Naik pengangkutan awam/motorsikal ke tempat kerja.

Akhirnya anda sudah tidak tahu apa yang boleh dikurangkan lagi.

Dalam kewangan anda bukan sahaja ada pilihan untuk mengurangkan perbelanjaan tetapi anda juga ada pilihan untuk menambah pendapatan.

Tapi masyarakat kita takut apabila berbicara hal ini terutamanya berkaitan bisnes. Kalau keadaan anda seperti di atas, tidak tahu di mana lagi mahu berjimat, maka memulakan perniagaan adalah pilihan yang terbaik.

Bisnes yang dimaksudkan bukanlah bisnes besar besaran. Cukuplah sekadar menjual kecil kecilan sebagai permulaan.

Anda bolehlah mula menjual di pejabat. Jual kek batik ke. Kerepek pedas ke. Ataupun pakaian seperti tudung. Keuntungan itu simpan dan gunalah sebaiknya.

Tidak tahu mahu jual apa? Jual la apa yang anda suka atau gunakan. Seperti contoh di atas. Kalau anda suka makan cupcake maka apa kata anda menjual pula?

Ingat, kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan !! Selamat mencuba.