Tips Kewangan : Rule 72 / Hukum 72

Kepada mereka yang baru berjinak jinak dalam dunia pelaburan ini, kami ada sedikit tips untuk anda.

Tipsnya dipanggil Rule 72

Dengan Rule 72 ini anda dapat menganggarkan tempoh wang pelaburan anda untuk menjadi dua kali ganda.

Apa yang anda perlu buat adalah dengan membahagikan 72 dengan anggaran dividen tahunan yang diberikan.

Contoh
Dividen : 6 %
Tahun diperlukan untuk wang pelaburan untuk berganda : 72/6 = 12 tahun

Jadi sekiranya anda melabur RM 10 ribu tanpa apa apa penambahan wang, dengan purata pulangan 6% setahun, wang anda memerlukan 12 tahun untuk menjadi RM20 ribu.

Menarik kan? Sebenarnya Rule 72 ini juga boleh diaplikasikan untuk hutang-hutang anda tu. Tahu tak?