Tips Kewangan : Rule 70 / Hukum 70

Ada hukum lain yang boleh digunakan anda dalam kewangan ialah Rule 70.

Dengan Rule 70 ini anda dapat menganggarkan berapa tahun untuk kuasa membeli anda menjadi separuh dengan mudah !!

Apa yang anda perlu buat adalah dengan membahagikan 70 dengan anggaran kadar inflasi.

Contoh
Inflasi : 3.5 %
Tahun diperlukan untuk kuasa membeli menjadi separuh : 70/3.5 = 20 tahun

Jadi sekiranya anda menyimpan RM 1 di bawah katil anda, nilai wang anda akan menjadi 50 sen dalam masa 20 tahun akibat inflasi (sekiranya 3.5%).

Menarik kan? Jadi nak simpan duit tu bawah katil sahaja ke?