Tips Kewangan : Pandai Buat Duit Tetapi Gagal Urus Wang

“Annual income twenty pounds, annual expenditure nineteen pounds nineteen and six, result happiness. Annual income twenty pounds, annual expenditure twenty pounds nought and six, result misery.”(Charles Dickens, novel David Copperfield-tahun 1850)

Ya, tidak dinafikan makin ramai yang mampu untuk menjana pendapatan yang yang tinggi. Sama ada daripada pekerjaan ataupun selalunya melalui perniagaan tidak kiralah separuh masa ataupun sepenuh masa.

Namun, sepertu apa yang ditulis oleh Charles Dickens lebih 150 tahun yang lepas ada kebenarannya.

Sekiranya anda mempunyai pendapatan RM 20 ribu sebulan tetapi perbelanjaan anda adalah RM 22 ribu. Ia adalah satu kesengsaraan bagi anda.

Mungkin tidak dialami secara terus tetapi lambat laun anda akan merasai kesengsaraannya. Contohnya terdapat ramai ahli perniagaan dan juga golongan profesional yang diisytiharkan bankrap akibat gagal mengurus kewangan dan hutang.

Namun sekiranya anda mempunyai pendapatan RM 2000 sahaja sebulan dan belanja sebanyak RM 1500 sahaja. Ia adalah kegembiraan bagi anda.

Perkara ini hanya dapat berlaku sekiranya anda mempunyai ilmu perancangan kewangan yang lengkap dan mempraktikkannya.

Mulakan dengan kewangan peribadi anda dahulu. Ada pepatah mengatakan sekiranya anda tidak mampu mengurus kewangan peribadi, anda pasti akan bermasalah dalam mengurus kewangan perniagaan.