Tips Kewangan : Mujur ada MRTT / MRTA.

Pian sedang nazak di hospital. Dia disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru. Kata doktor, punca utama adalah tabiat menghisap rokok Pian yang teruk tu.

Mak dan ayah Minah di luar wad. Risau dengan keadaan menantunya yang nazak itu dan juga anak perempuannya.

“Abang, saya terfikirlah, kalau apa-apa terjadi dengan Pian tu macam mana eh? Tak ke terukĀ Minah tu nak bayar hutang rumah dan kereta. Anak kecil-kecil lagi. Rumah tu pun mereka baru duduk 5 tahun. Banyak lagi hutang tu.”

” Awak jangan risau. MRTT / MRTA kan ado…”

Apa itu MRTT / MRTA ?

MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) dan MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance) adalah satu pelindungan sekiranya sekiranya apa-apa berlaku kepada anda (peminjam). Sama ada kematian ataupun hilang upaya kekal.

Segala baki hutang rumah akan dibayarkan pihak bank/syarikat takaful. Kalau baki hutang rumah RM 300 ribu maka RM 300 ribu lah dibayarkan. Jika baki hutang RM 50 ribu sahaja maka itu sahaja lah yang akan dibayar.

Maka waris tidak perlu risau dengan hutang rumah lagi. Sekurang-kurangnya ada lah tempat berlindung sekiranya kita tiada nanti.

Apa beza MRTA dan MRTT ?

Bezanya ialah insuran dan satu lagi adalah takaful. Dengan kata lain; satu islamik dan satu lagi konvensional. Bahasa kasarnya, satu halal satu haram. Wallahualam.

Sebanarnya ada satu lagi skim pelindungan yang lebih kurang sama tujuannya iaitu MLTA / MLTA. Ini akan dijelaskan masa akan datang termasuk perbezaannya dengan MRTT / MRTA.