Tips Kewangan : Maklumat Sulit Anda

#TipsKewangan 45 : Maklumat Sulit Anda

Tahukah anda bahawa Bank Pusat melalui Biro Kredit (Credit Bureau) mempunyai maklumat sulit anda.

Jangan takut. Maklumat sulit yang dimaksudkan adalah maklumat kredit yang disimpan dalam pangkalan komputer bergelar CCRIS (Central Credit Reference Information System)

Apa itu maklumat kredit?

Maklumat kredit ialah sejarah pembayaran bagi setiap indivudu/syarikat terhadap apa apa pinjaman dengan institusi kewangan.

Apabila seseorang itu memohon untuk membuat pinjaman dengan institusi kewangan (selalunya bank), sejarah pembayarannya disemak.

Sekiranya rekod pembayarannya elok maka mudahlah untuk mendapat pinjaman. Sekiranya selalu gagal ataupun lewat membuat pembayaran maka akan ada masalah untuk mendapat pinjaman.

Anda boleh mendapatkan laporan CCRIS anda secara percuma di Bank Pusat atau cawangannya. Walaupun anda berasa rekod pembayaran anda baik namun anda dinasihatkan untuk mendapatkan laporan ini.

Anda boleh mengetahui sekiranya ada orang yang menggunakan nama anda untuk meminjam atau menjadi penjamin tanpa pengetahuan anda.