Tips Kewangan Lepasan Universiti : Tabung Kecemasan

Antara perkara penting yang anda perlu buat apabila mula bekerja ialah dengan menyediakan tabung kecemasan.


Ia sangat penting. Oleh itu, jangan terlalu gembira dengan gaji anda dan belanja boros sini sana tapi sabar dulu dan menabunglah sedikit demi sedikit.

Anda bolehlah menabung sehingga tabung itu cukup untuk menampung anda selama 6 bulan jika tidak bergaji. Kiraan termasuk bayaran hutang(rumah+kereta), makan, dan nafkah ibu bapa.

Sekiranya perbelanjaan anda sebulan adalah sebanyak RM 1500 maka anda perlu menabung RM 9 ribu dalam tabung kecemasan anda. Jika lebih maka anda harus menabung lebih banyak.

Ada juga yang mempunyai tabung kecemasan hanya untuk perbelanjaan untuk 3 bulan sahaja. Ada juga yang kumpul sehingga cukup untuk belanja 12 bulan.

Terpulanglah pada anda. Tempoh 6 bulan itu hanya cadangan yang paling ideal kerana tidak terlalu sekejap dan tidak terlalu banyak untuk mengumpulnya.