Tips Kewangan Lepasan Universiti : Simpan Awal untuk Persaraan

Anda haruslah menabung untuk persaraan sebaik sahaja anda sudah mempunyai pendapatan.

Menabunglah walaupun sedikit kerana apa yang penting adalah untuk memulakan momentum menabung itu. Jangan harapkan KWSP atau pencen sahaja.

Simpan wang persaraan anda di dalam simpanan yang memberi pulangan yang tinggi dan konsisten seperti tabung haji. Dalam pada masa yang sama anda boleh mendaftar untuk haji sekaligus bila wang simpanan sudah cukup.

Kebaikannya apabila menabung awal ialah wang anda akan berganda dengan lebih banyak dan lebih lama.

Contohnya:

Jika anda mampu menabung RM 2400 setahun (sebulan RM200) daripada umur 25 tahun sehingga umur 55 tahun di dalam pelaburan dengan pulangan 7% setahun anda akan mempunyai wang persaraan sebanyak RM 226,706 apabila umur 55 nanti.

Jika anda bertangguh-tangguh dalam menabung dan hanya mula menabung pada umur 35 tahun dengan RM 3600 setahun (RM 300 sebulan) anda akan mempunyai wang persaraan yang lebih sedikit iaitu 147,584.

Kalau diperhatikan di atas, jumlah pelaburan dikeluarkan bagi kedua dua situasi adalah sama iaitu RM 72000, tetapi situasi yang pertama menghasilkan pendapatan lebih 50% daripada situasi kedua.

Kunci dia adalah menabung lebih awal. Wang yang disimpan lebih awal akan berganda dengan lebih banyak.

Oleh itu mula menabunglah untuk persaraan sebaik sahaja mempunyai pendapatan.