Tips Kewangan Lepasan Universiti : Rancang dengan Teliti Pembelian Rumah

Antara kesilapan yang sering dilakukan lepasan universiti yang baru bekerja ialah terburu-buru ketika membeli rumah. Pembelian rumah adalah satu pelaburan yang sangat baik tetapi ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli rumah.

Perkara utama ialah kemampuan anda. Bolehkah anda menambah komitmen pembayaran bulanan? Rumah bagaimanakah anda mampu?

Selain itu, kerana usia yang masih muda, kebanyakkan lepasan universiti masih lagi belum mempunyai kepastian untuk menetap dimana.

Selalunya mereka akan bertukar-tukar kerja dan akan berpindah-randah. Belum lagi dikira faktor perkahwinan. Adakah anda akan berpindah mengikut pasangan selepas berkahwin? Adakah rumah itu sesuai diduduki selepas kahwin atau mempunyai anak?

Oleh itu, penting untuk pertimbangkan sama ada rumah anda itu senang disewa atau dijual sekiranya anda berpindah ke tempat lain. Sekiranya tidak, anda akan mempunyai masalah kerana akan mempunyai rumah lebihan yang harus dibayar secara bulanan.

Kesimpulannya, berfikir dahulu sebelum membeli rumah dan dapatkan nasihat daripada orang yang berpengalaman.

Pembelian rumah bukanlah suatu yang kecil. Jangan terlalu terburu-terburu dn jangan pula terlalu bertangguh-tangguh.