Tips Kewangan Lepasan Universiti : Jangan Tingkatkan Gaya Hidup Dulu..

Bagi mahasiswa yang baru tamat belajar, masalah utama adalah masalah berkaitan kewangan. Kerja tak dapat., duit simpanan semakin sedikit, dan pelbagai masalah lagi.

Baru mereka yang baru mula bekerja, jangan ubah gaya hidup yang dulu ketika belajar.

Kebanyakkan lepasan universiti yang baru bekerja akan merasa diri mereka banyak duit dan mula berbelanja dengan boros. Mereka merasa diri mereka bukan lagi pelajar dan harus tingkatkan gaya hidup.

Ada yang berhabis duit untuk membeli pakaian bergaya dan ada juga yang berkira kira untuk membeli kereta.

Bila ada kecemasan, mula gelabah kerana tiada duit simpanan yang kukuh.

Tapi sebenarnya anda harus bersabar dulu. Kewangan anda masih belum stabil. Kalau boleh kekalkan gaya hidup anda ketika belajar yang berjimat cermat untuk beberapa tempoh.

Kalau boleh kekalkan gaya hidup itu sehingga anda mempunyai simpanan perbelanjaan untuk 6 bulan.

Selepas itu barulah mula untuk mengubah gaya perbelanjaan anda sedikit demi sedikit. Tak salah untuk berbelanja tetapi pastikan berhemah.