Tips Kewangan Lepasan Universiti : Jangan Berhenti Belajar.

“Seronoknya dah habis univsiti, tak payah belajar dah !!”

Itulah pemikiran lepasan universiti zaman sekarang. Mereka merasakan ilmu mereka sudah cukup dan tidak perlu belajar lagi.

Walaupun tips ini dilihat tidak berkait sangat dengan kewangan tetapi ia mampu memberi impak yang besar pada masa hadapan.

Kos sara hidup yang meningkat setiap tahun dan juga persaingan untuk mendapatkan kerja akan memberi cabaran kepada lepasan universiti.

Cara terbaik untuk terus bertahan dan menambah pendapatan adalah dengan melabur untuk meningkatkan diri dari sudut ilmu dan juga kemahiran sama ada dalam bidang kerja ataupun bidang pelaburan dan perniagaan.

Lebih banyak ilmu dan kemahiran dalam bidang pekerjaan, maka anda akan lebih berharga kepada syarikat dan majikan. Dengan itu anda akan lebih mudah untuk naik pangkat ataupun mendapat tawaran kerja yang lebih lumayan

Lepasan universiti juga digalakkan untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam bidang perniagaan. Sampai bila nak makan gaji yop !!

Apa apa pun, ingatlah bahawa tamat universiti bukanlah bermaksud tamatnya pembelajaran. Bukan sahaja ilmu berkaitan kewangan dan pekerjaan tetapi dalam apa ilmu sekalipun.