Tips Kewangan Lepasan Universiti : Fahami Kelebihan yang Ditawarkan Majikan Anda.

Jika anda baru sahaja mula bekerja, adalah penting untuk mengetahui kelebihan yang ditawarkan majikan anda.

Kelebihan yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu yang diberikan kepada anda selain daripada gaji seperti insuran dan sebagainya

Antara kelebihan yang sering diberikan ialah :
-insuran dan faedah perubatan.
-elaun makanan dan pengangkutan.
-tajaan untuk kursus atau sambungan pengajian.
-elaun rumah

Jika anda tidak menggunakan kelebihan yang ditawarkan majikan anda, anda telah mensia-siakan peluang yang terhidang untuk mengurangkan perbelanjaan anda.

Oleh itu amat penting untuk mendapat penjelasan mengenai perkara ini sebelum mula bekerja lagi.

Ada juga syarikat yang menawarkan peluang untuk mendapatkan saham pekerja. Tapi selalunya prosedur untuk mendapatkannya adalah sedikit leceh.

Apa apa pun pastikan anda tanya dan dapatkan maklumat dengan majikan mengenai kelebihan diberikan dan gunakan dengan semaksimum mungkin kerana ia adalah hak anda.