Tips Kewangan : Jangan Main Campur hah !!

Mak Jah buat perniagaan online. Pelanggan masukkan duit ke akaun beliau. Tiba-tiba duit dalam akaun jadi banyak? Mak Jah gembira dan berbelanja sakan di Pasaraya Sakan

Akhirnya Mak Jah tiada duit untuk pusing modal..

Adakah perkara di atas pernah terjadi kepada anda?

Kepada mereka yang mempunyai perniagaan kecil, letakkan dalam minda anda bahawa “Duit bisnes adalah duit bisnes, Duit peribadi adalah Duit peribadi”.

Sebaiknya asingkan akaun perniagaan dengan duit peribadi. Buka akaun perniagaan di mana-mana bank tempatan. Jika rasa belum bersedia untuk buka akaun perniagaan, buka akaun peribadi yang baru sebagai akaun untuk perniagaan anda.

Duit perniagaan seharusnya di guna untuk urusan perniagaan sahaja. Ambil sekadar beberapa peratus sahaja sebagai gaji kepada diri sendiri.

Untung lebihan itu sepatutnya disimpan untuk membesarkan perniagaan. Bukan kesemuanya di joli sana sini. Uruskan perniagaan secara betul dan profesional.

Walau berniaga kecil tetapi jiwa mesti besar. Baru bisnes boleh maju dengan cepat yop!!