Tips Kewangan : Isytihar pendapatan?

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan sampingan seperti menjual kerepek di pejabat, menjual jajan di rumah atau seangkatan dengannya, adakah lebih baik mengisytiharkan pendapatan anda atau tidak?

Ramai yang tidak mengisytiharkan pendapatan sampingan mereka kerana enggan membayar cukai.

“Standard la tu bos !!”

Sebenarnya apabila anda mengisytiharkan pendapatan anda, anda akan mempunyai rekod pendapatan yang lebih baik. Dengan ini anda akan lebih mudah untuk memohon pinjaman lebih banyak.

Pinjaman lebih banyak?

Ya, dengan ini anda bolehlah memanfaatkan wang bank untuk melabur hartanah yang lebih besar dan sebagainya. Maka pulangan yang anda akan dapat adalah lebih banyak dan lumayan !!