Tips Kewangan : Bayar Hutang Atau Rolling dulu?

Seman baru pergi ke seminar perniagaan. Kesedaran Seman untuk berniaga makin meningkat namun terpaksa di tangguh dulu hasratnya kerana tiada modal.

Satu hari Seman mendapat bonus. Seman berkira-kira untuk menggunakannya sebagai modal berniaga. Ketika sibuk berangan, isterinya menyapa.

“Bang, kita ada hutang dengan Pak Mail kan? Dah lama dah hutang tapi tak bayar-bayar lagi. Saya tak sedap hati la bang…”


Jika anda berada di tempat Seman, apakah yang anda akan lakukan?

Pilihan 1
Gunakan duit itu untuk berniaga atau melabur saham. Insya Allah bila dapat pulangan, anda akan membayar kepada Pak Mail.

Pilihan 2
Bayar dulu hutang Pak Mail sehingga habis. Carik duit lain untuk buat bisnes atau melabur.

Disini disarankan anda untuk membayar hutang dulu terutamanya hutang dengan individu (rakan/saudara) yang sudah tertunggak lama. Jangan susahkan orang lain. Kasihan pada mereka. Mungkin mereka juga memerlukan duit.

Selain itu, manalah tahu jika bisnes anda gagal kan. Belum lagi kiranya ajal menjemput kita. Ingat, dalam Islam hutang wajib dibayar.

Nabi bersabda :
“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang.”
HR Muslim

Selepas bayar hutang, carilah duit lebih untuk mulakan perniagaan anda. Insya Allah, paati ada jalannya. Anda juga boleh memulakan perniagaan tanpa modal seperti dropship ataupun menjadi agen takaful atau unit trust.

Ingat ya, jangan lambat-lambatkan pembayaran hutang !! Nanti kita juga susah ‘di sana’ nanti..