Tips Kewangan Bakal Ibu Bapa : Mana Bajet Hah ?

Kepada mereka yang sibuk berbincang mengenai bajet 2014, tidak kira lah menyokongnya atau tidak, anda sudah ada bajet kewangan keluarga ke?

Berbincang bajet negara macam professional tetapi bajet sendiri tunggang langgang. Ke anda tidak pernah buat bajet sendiri langsung? Ish ish ish 

Kepada bakal ibu bapa di luar sana, anda hendaklah mula kira-kira mengenai perbelanjaan yang perlu dikeluarkan nanti apabila menimang cahaya mata.

Perbelanjaan ini boleh dibahagikan kepada tiga. Pertama ialah perbelanjaan one-off (sekali sahaja) seperti belanja hospital, pakaian bayi dan juga kelengkapan lain.

Berapa yang perlu disimpan untuk kos-kos di atas?
Berapa kemampuan simpanan bulanan anda?

Sekiranya kos one-off ialah RM 8000 dan kemampuan simpanan sebulan anda ialah RM 800, maka anda perlukan 10 bulan untuk menyimpan.

Jadi, jangan bini dah sarat mengandung baru nak menyimpan tau !!

Perbelanjaan kedua ialah perbelanjaan berkala (bulanan) seperti susu, lampin, medikal dan sebagainya. Survey harga barang berikut dan buat bajet perbelanjaan.

Kepada anda yang akan menimang anak pertama, tanya rakan/saudara mengenai perbelanjaan bulanan yang perlu. Bukan apa takut ada kos yang terlepas pandang

Berapa kos perbelanjaan bulanan yang harus ditambah?
Cukupkah pendapatan sekarang nanti?
Apa perbelanjaan sedia ada yang boleh dikurangkan?

Kos ketiga adalah kos ‘tersembunyi’. Tersembunyi yang dimaksudkan ialah kos yang tidak dijangka. Mana lah tahu dapat anak kembar empat ke, kembar enam ke. Ataupun anak mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan kos lebih.

Buat bajet tau ! Menerima kelahiran adalah tanggungjawab yang besar. Jangan buat persediaan kewangan sambil lewa je !!