Tips kewangan : Apa Pula MLTA / MLTT Ni ??

Mak Jah membantu anaknya Minah melipat baju. Kehadirannya di rumah Minah diharap dapat meringankan beban anaknya yang baru kehilangan suami.

“Mujur ada MRTT. Tak perlu lagi kau bayar lagi duit rumah ni.” Mak Jah bersuara. ” Tapi itulah. Kau ada ke duit belanja Minah? Kalau nak, mak boleh bantu serba sedikit.” tambahnya.

“Arwah tak ambil MRTT la mak. Dia ambil MLTT. Jadi dapatlah Minah duit untuk buat belanja.” kata Minah kepada ibunya.

Apa pulak MLTT ni? ish…

MLTT (Mortgage Level Term Takaful) atau MLTA (Mortgage Level Term Assurance) sama tujuan macam MRTT, iaitu satu pelindungan kepada rumah sekiranya sekiranya apa-apa berlaku kepada anda (peminjam). Sama ada kematian ataupun hilang upaya kekal.

Namun dengan MLTT, nilai pelindungan adalah tetap sama sehingga tamat tempoh. Waris akan mendapat jumlah pelindungan tanpa mengira berapa hutang rumah anda lagi.

Sekiranya jumlah pelindungan adalah sebanyak RM 400 ribu , waris akan mendapat 400 ribu sekiranya apa-apa berlaku kepada anda sama ada mati ataupun hilang upaya kekal. 400 ribu akan diguna untuk bayar hutang rumah dan bakinya akan menjadi milik waris.

Jika baki hutang rumah adalah 50 ribu maka waris akan dapat 350 ribu. Jika baki hutang 350 ribu maka waris akan dapat 50 ribu.

Macam best jer.. Tapi sebenarnya ada kelebihan lain dan juga kekurangan MLTT ni.

One Comment

  1. Pingback: Tips Kewangan: Rumah – Takaful MRTT @ MLTT? | akmalsyah2020

Comments are closed.