Tips Kewangan : Ada Apa Dengan CTOS ?

CTOS adalah sistem yang mengumpulkan informasi mengenai saman dan bankrap terhadap individu atau syarikat dan maklumat ini akan dimasukkan ke dalam pengkalan data.

Tidak seperti CCRIS yang berada di bawah Bank Pusat (Bank Negara), CTOS dimiliki dan diuruskan oleh sebuah syarikat iaitu CTOS Sdn Bhd.

Mereka mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber termasuk:

a) Notis di Surat Khabar
b) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
c) Jabatan Pendaftaran Negara
d) Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI)

Laporan CTOS ini mengandungi maklumat peribadi dan juga maklumat lain seperti nombor fail mahkamah dan status kes.

CTOS dan CCRIS adalah rujukan bagi institusi kewangan untuk membuat keputusan sama ada memberi pinjaman atau tidak.

Di dalam laporan CTOS tidak menetapkan sama ada anda layak menerima pinjaman atau tidak tapi bank yang akan membuat keputusan melalui laporan itu.

Anda boleh mendapatkan laporan CTOS anda dan syarikat dimiliki anda dengan menghubungi CTOS Sdn Bhd.

Oleh itu berhati-hatilah dalam membuat pinjaman. Pastikan anda membayar segala pinjaman atau pembiayaan dan tidak melewatkannya.