Tips Kewangan 53 : Yang Mana Satu Pilihan Hati?

#TipsKewangan 53 : Yang Mana Satu Pilihan Hati?

Pening nak pilih. Ada yang mahal, ada yang murah. Ermm.

Pilihan yang dimaksudkan di atas ialah bank mana yang harus dipilih untuk akaun perniagaan anda.


Bagi mereka yang sudah membaca tips kewangan sebelum ini, ada dibincangkan kepentingan mengasingkan akaun peribadi dan akaun bisnes walaupun untuk bisnes kecil-kecilan.

Jadi persoalannya sekarang akaun mana yang terbaik?

“Bank tempatan atau bank antarabangsa?”
“Bank mana deposit permulaan lebih murah?”

Itulah persoalan yang sering ditanya. Bagi kebanyakkan orang, mereka akan memilih akaun yang mengenakan deposit permulaan yang lebih rendah.

Mungkin anda pun sama?

Tetapi kalau difikirkan semula, deposit permulaan tidaklah berapa penting kerana deposit itu boleh dikeluarkan semula. Korek lah mana-mana kalau tidak cukup.

Jadi, perkara yang sepatutnya dipertimbangkan ialah :

Lokasi
Pilihlah bank yang berdekatan dengan premis/pejabat anda. Jika ada urusan yang harus diselesaikan segera, tidaklah pening kepala untuk ke bank yang jauh. Lagi lagi kalau kena tempuh jalan yang sesak dan mencari parking pula.

Servis
Pilih bank yang menyediakan servis yang cepat dan profesional serta tidak banyak karenah. Kalau tidak berjam lah anda kena tunggu. Ada sesetengah orang memilih bank yang tidak ramai pelanggan untuk elak menunggu lama. Apapun terpulang pada anda.

Online
Selain itu, pilihlah bank yang mempunyai perbankan online yang kukuh dan bagus. Bukan selalu kena hack atau ‘server down’ setiap masa. Lebih-lebih lagi jika anda terlibat dengan perniagaan online.

Patuh Syariah
‘Kaya dunia kaya akhirat’.

Jadi buatlah pilihan yang bijak. Ingat, pilihan anda adalah penting. Jika silap pilih, masa yang sepatutnya diguna untuk mencari dan berurusan dengan pelanggan hanya terbuang banyak dengan bank.

Bagi anda bank mana yang terbaik untuk bisnes?