Tangguh Dulu !!

Pernah tak anda ke pasar untuk membeli sesuatu dan akhirnya pulang dengan beberapa barang tambahan yang anda tidak rancang untuk beli sebenarnya ?

Anda terlihat sesutu barang yang anda ingin beli dan terus membelinya walhal anda tidak perlukan pun.

Masalah ini selalu berlaku kepada ramai orang. Ada yang dah siap tulis di atas kertas barang yang ingin dibeli sebelum pergi ke pasar namun hasilnya masih sama.

Masalah ini juga sering berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Mereka tertewas dengan pujukan/tangisan/jeritan anak- anak yang mahu barang yang mereka nampak.

Disini terdapat satu tips yang ingin dikongsi untuk menyelesaikan masalah ini. Mudah sahaja caranya iaitu dengan bertangguh. Ya, bertangguh dalam membeli belah adalah baik sebenarnya.

Tips ini sesuai bagi mereka yang memang nekad membeli barang yang mereka jumpa.

Tulis apa yang anda ingin beli di rumah lagi. Apabila tiba di pasar atau pusat membeli belah beli apa yang anda telah tulis sahaja.

Jika terlihat sesuatu yang terasa ingin ditambah, JANGAN terus beli. Tetapi catat dalam sebuah kertas atau telefon bimbit untuk senarai barang yang ingin dibeli pada sesi membeli belah akan datang.

Dengan ini akan dapat menangguhkan pembelian untuk beberapa hari dan merancang kewangan lebih awal untuk membeli barang tersebut.

Selain itu anda juga mungkin akan membatalkan hasrat anda untuk membeli barang tersebut setelah berfikir panjang.

Anak-anak juga akan belajar erti bersabar apabila anda menagguhkan dulu pembelian barang yang mereka mahu secara tiba-tiba. Pada awalnya mungkin mereka akan mendesak tetapi lama kelamaan mereka akan biasa.

Justeru itu, kalau ada ternampak sesuatu barang yang sangat berkenan di hati, jangan terus beli, tapi tangguh dulu !!