Takaful (Insuran Islam)

Sebelum ini ada dibincangkan mengapa insuran konvensional dikategorikan sebagai tidak patuh syariah.

Secara ringkasnya :

1. Akad jual beli yang tertangguh : penangguhan waktu di antara wang dibayar syarikat dengan wang dibayar pelanggan.
2. Nilai berbeza : nilai pertukaran yang berbeza diantara wang dibayar syarikat insurans dan wang caruman pelanggan.

Bagaimana pula takaful? Mengapa ianya dibenarkan syarak?

Takaful adalah halal kerana menggunakan akad tabarru’at (kontrak derma) yang berbeza dengan insurans konvensional yang meggunakan akad jual beli.

Akad derma tidak mempunyai syarat penangguhan dan perbezaan nilai seperti syarat-syarat jual beli.

Bagi memudahkan urusan, syarikat takaful menggunakan beberapa akad:

a) Tabarru’ dan mudharabah
b) Wakalah dan tabarru’

Secara ringkasnya syarikat takaful dilantik hanya sebagai wakil untuk mengurus dan melaburkan wang pencarum. Wang tetap dikira sebagai milik pencarum.


Berbeza dengan syarikat insurans konvensional dimana wang dibayar pencarum adalah milik syarikat insurans. Oleh itu keuntungan pelaburan adalah hak milik syarikat insurans.

Manakala keuntungan daripada pelaburan takaful pula akan dibahagikan. Syarikat takaful hanya akan mengambil sebahagian sebagai upah.

Selain itu, pelaburan wang takaful hanya boleh dilaburkan pada pelaburan yang patuh syariah. Tidak seperti insurans konvensional yang tidak meletakkan syarat pelaburan harus patuh syariah.

Terdapat beberapa lagi perbezaan diantara insurans dan takaful. Mungkin perbezaan insurans dan takaful nampak kecil di mata anda tetapi sebenarnya ia memberi perbezaan yang besar dari sudut hukum syarak.

Kepada mereka yang masih menggunakan insurans konvensional, tukarlah kepada Takaful segera !!