Suai Kenal Dengan Skim Cepat Kaya (SCK)

Tahun depan kita dijangka mengalami kenaikan untuk pelbagai jenis barang dan perkhidmatan keperluan. Tarif elektrik, kadar tol, tambang lrt dan sebaginya.

Kenaikan ini juga akan memberi kesan kepada harga barangan keperluan dan makanan.

Apa yang merisaukan ialah orang ramai akan semakin terdesak untuk menambah pendapatan. Kemungkinan besar, ramai yang akan ‘tersangkut’ semula dengan skim cepat kaya.

Ada beberapa cara dan tanda untuk mengenali skim cepat kaya (SCK) ini. Diingatkan bahawa ia adalah tanda sahaja dan tidak semestinya tepat.

1. “Anda hanya akan untung, takkan rugi punya.”
-lebih spesifik kepada SCK yang berbentuk perlaburan. Pelaburan pasti ada untung dan rugi.

2. Keuntungan Pelaburan yang super tinggi.
-sekiranya mereka menawarkan keuntungan pelaburan yang sangat tinggi maka kemungkinan ia adalah penipuan.

3. Hadiah lumayan. SCK selaunya akan memberi hadiah untuk menarik pelanggan.

4. Hanya dibuka untuk masa terhad sahaja.
– taktik psikologi. paksa anda buat keputusan dengan cepat untuk menghalang anda menyiasat dahulu latar belakang syarikat.

5. Maklumat syarikat yang kabur.
– sekiranya anda susah mendapatkan maklumat syarikat maka kemungkinan besar ia adalah penipuan.