DIY Financial Plan : Saranan sebelum Bermula (siri 6)

1)Mula menyimpan untuk berkahwin semasa belajar. Jangan tunggu masa kerja! Perempuan pun wajib menyimpan!

2)Lengkapkan tabung kecemasan

a)6 bulan perbelanjaan

b)Simpan di kemudahan yang boleh melawan inflasi seperti Tabung Haji, ASB atau komoditi seperti emas dan perak

3)Gunakan kenderaan paling asas

a)Jika kehidupan anda boleh gunakan motosikal, teruskan.

b)Jika perlukan kereta, beli kereta paling murah atau second hand.

c)Bayaran bulanan kereta tidak boleh melebihi 15% daripada pendapatan kasar dan tidak lebih 7 tahun ikatan pinjaman.

d)Tinggalkan ruang yang banyak untuk pembiayaan rumah.

4)Mula menabung untuk haji dan persaraan.

5)Kumpul duit downpayment untuk beli rumah.

1)Pastikan tidak membazir dan tamak. Mahu beli banglo, semi-D dan sebagainya. Cukup dahulu dengan apartment.

2)Jangan guna joint loan untuk rumah. Boleh jika gaji terlalu kecil.

3)Mesti beli rumah juga untuk pelaburan.

6)Matlamat kewangan lain seperti modal bisnes, tambahan aset dll boleh gunakan setelah

1)Perkara di atas selesai

2)Ada wang lebihan

Saranan