DIY Pengurusan Risiko 2

Konsultasi PERCUMA: Risiko dan Pulangan

 Risk vs Return

Dalam apa jua pelaburan, ramai mungkin pandai mengira pulangan. ROI, Annual Return, Dividen Yield, Rental Yield dan sebagainya.

Namun biasanya mereka gagal MENGIRA RISIKO.

Kerana itu perlu difahami, setiap pelaburan sememangnya ada Risiko, dan dengan Risiko itulah mendatangkan Return.

Sebolehnya kita mahu, Low Risk, High Return. Sudah adatnya manusia mahukan yang terbaik.

Namun, perkara ideal itu tak biasanya tercapai. Yang biasa ada ialah Low Risk Low Return, High Risk High Return.

Mengira dan mengurus RISIKO adalah wajib bagi setiap pelabur jika anda mahu jadi PELABUR PROFESSIONAL.

Walaupun anda tidak berpendidikan tinggi, anda boleh menjadi pelabur professional sekiranya pandai mengurus risiko.

Bagaimana mengurus risiko?

Jika dalam saham atau unit amanah, risiko biasanya diukur dengan standard deviation atau nilai beta. Lebih besar standard deviation, lebih besar risikonya. Manakala beta lebih daripada 1 menandakan instrumen itu lebih berisiko daripada pasaran dan kurang daripada 1 menandakan kurang berisiko daripada pasaran.

Memang ini sedikit kompleks untuk diadaptasi untuk orang awam.

Namun, gunakan kaedah ringkas untuk menilai risiko, asalkan setiap keputusan kita adalah berdasarkan kiraan.

Sebagai contoh, gunakan risk dan reward ratio. Berapa banyak anda boleh rugi, dan berapa banyak anda boleh untung. Ini juga terpakai dalam menentukan keluar masuk saham.

Jika anda ingin melabur dalam sesuatu perniagaan, nilaikan berapa banyak anda boleh rugi dan untung.

Perniagaan emas contohnya dipromosi boleh mendapatkan 20-30% sebulan. Itu untung.

Berapa pula anda boleh rugi? Jika ada risiko penjual bermasalah, samada masalah peribadi, masalah sistem, masalah yang lain lain, semua itu perlu diambil kira. Adakah anda akan hilang semua wang anda? Jika ada kebarangkalian itu, maka anda boleh rugi 100%.

Jadi timbang timbangkan perkara itu. Semestinya jika anda ingin berurusniaga, pastikan penjual itu TIDAK MEMPUNYAI RISIKO yang TINGGI. Mempunyai TRACK RECORD yang bersih.

Jadi dengan ini, ia menjawab samaada anda boleh ambil pinjaman atau tidak untuk peluang pelaburan atau bisnes seperti ini.

Tiada holy grail. Its up to you. Can you swallow the RISK or NOT?

poster-medisavers

Kami menyediakan perkhidmatan takaful Medisavers. TIADA HAD TAHUNAN, TIADA HAD SEUMUR HIDUP. Sila isi borang di bawah untuk konsultasi PERCUMA!