Riba Yang Dipandang Ringan

Apa itu riba sebenarnya ?

Secara kasarnya riba ialah sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh dan tambahan dalam pertukaran barangan tertentu(barang ribawi)

Apa itu Barang Ribawi ?
Terdapat 2 kategori barang ribawi iaitu :

1. Matawang

  • a) Emas
  • b) Perak
  • c) Ringgit,USD dan lain-lain

2. Makanan asasi seperti beras, gandum, tamar, barli.

Riba berkaitan jual beli barangan ribawi (riba al buyu’) :

1. Pertukaran antara 2 barang ribawi dibawah kategori sama tetapi berlainan jenis (emas -wang, gandum-tamar) mestilah tidak tertangguh. Jika tidak ia kan termasuk di dalam kategori Riba an-nasa’

Contohnya anda membeli emas dengan harga RM 150 dan membayar secara tangguh, ia akan dikira sebagai riba.

2. Pertukaran antara 2 barang ribawi dibawah kategori yang sama dan jenis yang sama (beras-beras, emas-emas) mestilah tidak tertangguh dan sama berat dan kuantiti. Jika tidak ia akan termasuk di dalam riba Riba al-fadhl.

Contohnya jika anda menukar 10 gram beras wangi dengan 5 gram beras basmathi, walaupun berlainan kualiti ia akan dikira sebagai riba.