Riba !! Tutup akaun Anda !!

Alhamdulillah kita sudah berada dalam bulan Ramadhan. Bulan yang dituntut untuk kita beribadah dan berubah ke arah lebih baik.

Di sini ada satu cadangan perubahan yang boleh dilakukan dibulan Ramadhan ini. Perubahan ini penting sebenarnya.

Perubahan yang dimaksudkan ialah menukar kepada akaun simpanan yang patuh syariah Mungkin nampak remeh tetapi amat penting untuk kita menyimpan di dalam akaun yang patuh syariah dan bebas riba.

Allah memberi peringatan dalam surah Al-Baqarah ayat 278 :

…sekiranya kamu tidak meninggalkannya (riba), isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasulnya…

Ya Perang !! Betapa beratnya dosa riba ini sehingga Allah mengajak anda berperang sekiranya anda tidak ingin meninggalkannya.

Orang yang makan khinzir( baik sikit bunyinya) pun Allah tidak ajak perang !!

Sekarang ini hampir kesemua bank menyediakan perkhidmatan akaun simpanan yang patuh syariah. Jadi tiada alasan lagi untuk BERUBAH !!.

Bagi mereka yang sudah beralih kepada akaun yang patuh syariah, sila tutup akaun konvensional anda. Jangan biar sahaja !!

Pergi ke cawangan bank anda buka akaun, tuntut baki wang dan tutup akaun tersebut. Jangan malu walau hanya tinggal RM 10 dalam akaun anda. Kerana jika anda membiarkan wang tersebut, wang itu akan digunakan untuk melabur dan diberi pinjaman yang tidak syariah.

Justeru itu, manfaatkan bulan baik ini dengan melakukan perubahan ke arah kewangan yang diredhai.