Riba Hutang berhutang

Di dalam Islam berhutang adalah dibolehkan manakala memberi hutang adalah sesuatu perbuatan yang baik. Di dalam hadis riwayat Ibnu Majah yang menyebut bahawa Rasulullah SAW melihat suatu tulisan di pintu syurga pada Isra’ seperti berikut:

“Pahala sedekah gandaannya 10 kali; manakala pahala memberi hutang gandaannya 18 kali.”

Rasulullah SAW bertanya Jibril bagaimana memberi hutang lebih afdal daripada sedekah?

Jibril menjawab: “Kerana peminta sedekah kadang-kadang ada harta yang mencukupi; tetapi orang berhutang biasanya tidak akan berbuat demikian melainkan ia dalam keadaan terdesak.”

man_stress
Namun begitu mengambil faedah keatas hutang adalah ditegah sama sekali. Ya lah, orang yang berhutang ini selalunya kesempitan wang. Tak kan kita mahu ambil kesempatan pada mereaka.

Riba yang berkaitan hutang (Riba ad-duyun) ini terbahagi kepada dua iaitu riba al qardh dan riba al-jahiliyyah.

Riba al qardh adalah kadar(interest) yang disyaratkan sekiranya mahu meminjam wang. Ia dibuat di awal kontrak sebelum meminjam.

Riba al-jahiliyyah pula adalah manfaat tambahan yang dikenakan akibat gagal membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh yang dipersetujui (lewat bayar) atau dikenakan kerana meminta tangguh pembayaran hutang.

Pernahkan anda pinjam atau meminjam kenderaan seseorang dan diminta atau meminta agar memulangkan kenderaan dengan minyak yang diisi penuh (masa bagi pinjam tak penuh pun)??

Tahulah bahwa itu sebenarnya adalah RIBA !!