Analisa kewangan Pengurusan Risiko dan Takaful Pusaka

RANCANG TARIKH PERSARAAN ANDA

​Financial Freedom?

Hari ini saya ingin berkongsi tentang merancang Persaraan. Samaada nak bersara muda atau tua, pilihan masing-masing.

Sila rujuk gambar, kiraan antara berapa peratus anda menyimpan dengan berapa lama anda perlu bekerja sebelum bersara.

Jika anda hanya ada simpanan KWSP 11% + 13% (24%) anda hanya boleh bersara mengikut umur persaraan biasa, iaitu selepas 30 tahun bekerja.

Disinilah juga kenapa peratusan itu diambil. Anda hanya akan bersara selepas umur 55 atau 60 tahun.

Jadi bagaimana untuk mempercepatkan Financial Freedom atau mahu Retire Early ini.

Perlu lebihkan simpanan.

Tambah lagi simpanan sendiri 10% (total 35%), anda boleh retire awal lagi, 50tahun.

Tambah sampai 20% (total 45%), tinggal 40-43 tahun.

Tambah lagi 30% (total 55%), tinggal 15 tahun, so umur 40.

Dan seterusnya. Perlu ingat graf atau kiraan ini adalah exponential.

Jika menyimpan 30% dari gaji, dapat bersara umur 40 tahun.

Kalau kita suami isteri dua dua bergaji, dan hidup hanya dengan satu gaji. Simpanan maksimum boleh sampai 70% gaji.

Jika 70%, boleh bersara selepas 8-9 tahun sahaja bekerja.

Hmmm…menarik bukan.
Ini idea kewangan. Praktikal atau tidak terpulang kepada kondisi diri anda.
Bagaimana pula dengan yang tidak mempunyai KWSP? Mahu kerja sampai mati?
Makin banyak menyimpan. Hidup sederhana.

Hubungi kami untuk konsultansi kewangan anda!

Bermanfaat tak? Apa pendapat anda?