Bengkel & Seminar Promosi

Promosi: Bayar Diri Anda Dahulu!

Dapatkan penerangan penuh dari buku asal! Tempah dengan harga istimewa di SINI!

#DIYINVEST

Seringkali kita diberikan nasihat kewangan “Pay Yourself First” atau Bayar kepada Diri Anda Dahulu. Apakah maksud terhadap pernyataan ini?

Adakah kita perlu belanja diri kita dahulu? Tidak. Jangan salah faham, jangan salah konsep.

Bayar Diri Anda Dahulu sebelum anda bayar duit anda kepada bank, TNB, tuan rumah sewa, Astro, kedai makan, tadika, sekolah, gym dan sebagainya.

Anda perlu sayang diri sendiri.

Anda yang bertungkus lumus bekerja mendapatkan wang.

Anda yang bersengkang mata, berpeluh, letih mencari wang tersebut.

Dan semestinya yang layak merasainya adalah diri anda sendiri.

Namun, bayar yang macam mana?

Bayar untuk masa hadapan anda.

Simpan dan labur untuk kegunaan diri anda.

Ikutlah formula Gaji – Simpanan = Belanja.

Jangan ikut Formula Miskin. Gaji – Belanja = Simpanan. Formula ini mestilah tidak ada bajet untuk simpanan.

Ubah gaya mengurus hidup.

kombo-3-buku

 

Bermanfaat tak? Apa pendapat anda?