Harga Preve Australia dan Perbandingan

BankOzCarLoan
Hangat diperkatakan tentang harga Preve di Australia. Harga asal AUD19k, diskaun 16k.

Mari kita lihat pula kadar pinjaman kereta disana.

Paling rendah ialah 7.99% dan paling tinggi ialah 13.39% (fixed). Pastinya kiraan berdasarkan flat rate. Bayaran bulanan pula ialah AUD277 ( RM831) dan maksimum AUD341 (RM1023).

Tempoh maksimum adalah 7 tahun.

Ada beberapa yang tidak available kerana minimum pinjaman ialah AUD 30,000.

Jika kita kira di Malaysia, harga Preve adalah antara RM59-63k. Kita ambil average RM63k kerana model yang dijual di Australia biasanya highline.

Jadi pinjaman sekitar RM57k, dengan interest 4% dan tempoh 7 tahun.

Bayaran bulanan ialah RM845.

Berapa beza jika anda bayar di Australia?

Sebenarnya adalah kebiasaan untuk mereka hanya beli kereta secara Cash (mengikut pengalaman saya).

Saya membeli kereta second hand, Ford Corsair 2.0 pada harga AUD2000 secara cash sewaktu belajar.

Jadi mungkin isunya disini kemampuan. Gaji kita kecil, keretanya mahal.

Duit kita bila ditimbang dengan kadar tukaran mata wang asing, jadi kecil.

Macam mana nak bagi duit jadi nilai besar?

Negara mesti maju dan berpendapatan tinggi serta diurus tadbir dengan baik.

Ekonomi mesti baik.

Bersama membina ekonomi diri sendiri dan ekonomi negara.

Alwi Adam EzazWealth.
EZAZ Wealth Management & Consultancy
EZAZ ACADEMY – THE UNIVERSITY OF LIFE

Jadi pada pandangan anda, kadar interest untuk membeli kereta di Australia tinggi atau rendah?