Pinjam je laa..

Bukan semua barang atau alatan yang kita selalu guna. Ada yang kita akan guna hanya pada masa diperlukan.

Contohnya seperti peralatan untuk membaiki seperti tukul besi, gergaji dan spanar. Ataupun beberapa jenis alatan memasak seperti alatan BBQ, acuan kuih dan sebagainya.

Kebanyakkan orang akan membeli alatan-alatan ini jika ingin menggunakannya. Selepas itu alatan ini hanya tersimpan lama sehingga bertahun-tahun sebelum diguna semula.

Apa kata anda meminjam alatan-alatan ini daripada membazir membelinya. Ya lah kalau beli pun bukan guna selalu.

Kalau anda jenis yang baik dengan jiran-jiran pasti tiada masalah. Mereka pasti tidak keberatan untuk meminjamkannya. Selain itu, jika anda ada alatan yang dah terbeli tu, yang jarang digunakan, tawarkanlah kepada jiran-jiran. Sama-sama boleh berjimat.