Perbezaan Kiraan Pinjaman Peribadi, Kereta dan Pinjaman Rumah

Boleh tuan terangkan kenapa pengiraan interest pinjaman peribadi dan pinjaman rumah tidak sama walaupun angkanya sama?

Jawapan saya.

Situasi : Pinjaman Rumah 4%, Pinjaman Peribadi 4%. Nilai pinjaman RM100,000. Kadar interest/keuntungan sebenarnya TIDAK SAMA.

Biasanya bank menggunakan dua jenis kiraan interest. Dua jenis kiraan ini berdasarkan jenis pinjaman.

Sekiranya pinjaman itu ke atas perkara yang boleh dicagar ie ada nilai (aset), maka mereka menggunakan pengiraan Reducing Balance.

Jadi pengiraan interest adalah berdasarkan baki pinjaman yang tinggal.

Sekiranya pinjaman itu ke atas perkara yang tidak boleh dicagar atau liabiliti, pengiraan interest akan menggunakan Flat Rate.

Flat Rate adalah berdasarkan JUMLAH ASAL pinjaman dan tidak pernah berkurang walaupun anda telah membayar prinsipal pinjaman tersebut.

Jadi pinjaman rumah, OD, biasanya dikira menggunakan Reducing Balance. Kiraannya ialah EIR iaitu Effective Interest Rate.

Jadi pinjaman peribadi, kereta dan sebagainya dikira flat rate sahaja.

Untuk membandingkan antara dua jenis pinjaman ini, anda perlu tukar flat rate kepada Effective Interest Rate.

Rule of Thumb ialah dengan mendarabkan Flat Rate kepada 1.5. (minimum)

Jadi jika pada kadar 4%, anda darab dengan 1.5 = 6%.

Jadi pinjaman rumah 4% dan pinjaman peribadi/kereta ialah 6%.

Memang tidak sama.