Perbezaan Akaun Simpanan Konvensional dan Akaun Simpanan Islamik

Akaun simpanan Konvensional terbahagi kepada dua iaitu:
a) akaun pelaburan pulangan tetap (fixed deposit)
b) akaun simpanan biasa

Akaun pelaburan pulangan tetap tidak syariah kerana akaun ini telah menetapkan jumlah pulangan semasa awal kontrak. Ia termasuk dalam Riba al-Qardh. Akaun Simpanan Biasa pun mempunyai polisi yang lebih kurang sama cuma faedah yang diterima lebih rendah.

Didalam akaun simpanan Islam. Tiada faedah yang diberikan. Apa yang diberi ialah hibah atau hadiah. Beza di antara hibah dan faedah ialah hibah ini tidak semestinya perlu dibayar oleh bank. Bank hanya akan membayar sekiranya mereka mendapat unutng dalam pelaburan. Kadarnya pun tidak tetap.

Selain itu ada juga akaun islamik yang menetapkan pembahagian untung di awal kontrak.

Beza antara perjanjian ini dengan perjanjian bank konvensional ialah bank konvensional akan memberi pulangan secara tetap mengikut modal wang yang anda labur. ( Contonya 4% dar wang anda labur walaupun bank rugi atau untung unutng banyak).

Bank Islam pula akan memberi pulangan mengikut keuntungan yang mereka dapat. (Contonhya pelanggan akan mendapat 30% dari jumlah untung dan bukannya 30% dari jumlah modal).

Cara ini lebih baik kerana sekiranya rugi. Kedua-keduanya akan sama-sama rugi. Sekiranya untung kedua-dua pihak akan sama-sama untung.

Berbeza dalam bank konvensional, sekiranya mereka rugi,hanya bank yang akan tanggung dan sekiranya bank untung besar, anda hanya akan dapat pulangan yang sedikit seperti dalam perjanjian.