Bengkel & Seminar Kewangan Islam Pengurusan Kewangan Peribadi Promosi Tips Kewangan

Pentafsir Mimpi Jadi Menteri Kewangan Mesir

Ingat lagi tak kisah terbaik dalam al Quran?
.
.
Surah Yusuf Ayat 3:
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah, dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.”
.
.
Best sangat surah ni! Nabi Yusuf diberikan mukjizat pandai mentafsir mimpi!

Ingat tak kisah Firaun Mesir tanya kepada Nabi Yusuf tentang mimpi baginda? Mimpi pasal lembu, pasal tangkai gandum… alah. Tak ingat ke?
.
.
Surah Yusuf Ayat 43:
Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi”.
.
.
Tapi tak sorang pun yang pandai tafsir! Aduh! Kalut la derang cari siapa yang boleh tafsir! Maka tampil lah Nabi Yusuf memberikan jawapan kepada persoalan Firaun tersebut:
.
.
Surah Yusuf Ayat 46:
(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”.

Surah Yusuf Ayat 47:
Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam (tuai), biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
.
.
Aha!! Inilah tips kewangan #1 yang dikongsi oleh Nabi Yusuf, iaitu di ZAMAN SENANG, di mana pendapatan boleh masuk secara berkala, kita masih kuat dan punyai masa untuk berusaha & merancang. Maka janganlah belanja semua pada zaman ini, tetapi simpan!! Simpan kat mana? Aha! Kenalah cari tempat simpanan yang boleh kalis inflasi, dan boleh kembangkan duit tersebut! Cari Instrumen Pelaburan! Buat Portfolio Pelaburan! Rancang & disiplin patuhi rancangan kewangan itu selama 7 tahun minima tau! Bukan 1, 2 tahun je! Kerja keras, gila-gila, selama 7 tahun. Baru boleh fikir nak enjoy! Bukannya dapat gaji pertama je, pastu terus nak buat hutang, nak beli itu, beli ini! Hoho!

Nabi Yusuf sambung lagi tips kewangan #2 baginda:
.
.
Surah Yusuf Ayat 48:
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
.
.
Aha! Sedarlah! Pasti akan tiba! ZAMAN GAWAT! Bila? Bagaimana? Hanya Allah yang Maha Tahu, tetapi Nabi Yusuf dah pesan, untuk kita bersedia dari sekarang! Jangan tunggu dah tiba zaman ni baru nak tergagau minta bantuan! Dah la zaman gawat ini bukan sekejap, 7 tahun tu! Aduhai… sama panjang dengan zaman senang…. merana nanti! Jadi, sediakan tabung kecemasan anda! Cari plan takaful yang sesuai dengan bajet & risiko anda! Dari sekarang ye, masa tengah di zaman senang ni ye. Jangan enjoy dulu! Hoho!

Kemudian barulah Nabi Yusuf kongsikan tips kewangan #3:
.
.
Surah Yusuf Ayat 49:
“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.
.
.
Akhirnyaaaaaa…. impian semua orang. ZAMAN MENUAI!! Bebas kewangan!! Semua tahu nak sampai terus ke zaman ini je kan? Nak cepat pulak tu! Haha…. Tapi tak sedar tentang 2 zaman yang harus dilalui dahulu, sebelum boleh tiba ke zaman ini! Kalau ikut bulat-bulat secara harfiah dari Surah Yusuf, tempoh minima untuk capai bebas kewangan ini adalah 14 tahun tau. Jadi jangan cepat terpedaya sangat dengan janji-janji skim penipu ye!! Oh ye. Bila dah bebas kewangan, dah kena rancang pula untuk perwarisan. Ye dak? Sebab harta ni bukan untuk kita seorang. Tapi untuk keluarga & ummah secara keseluruhan!
.
.
Inilah panduan konsep kewangan holistik yang Allah ceritakan melalui kisah terbaik dalam al Quran, Surah Yusuf, Surah ke-12. Dan inilah yang kami sedang perjuangkan melalui program-program latihan & seminar yang kami anjurkan! Teruskan sokongan anda!

Moga Allah berkati usaha kita semua membantu ummah!

*************************************

Mari tambah iman, ilmu & amal bersama EZAZ Wealth Academy melalui Seminar Kewangan FINANCIAL FREEDOM BLUEPRINT, RELOADED!

FFBR
14-15 April 2018
Seksyen 20, Shah Alam

FFBR
21 April 2018
TH Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

Maklumat lanjut & pendaftaran di:
www.ezaz.my
www.ezaz.my
www.ezaz.my

Tarikh tutup penyertaan pada 10 April ye!!
Rancang sekarang!

Disclaimer:
Ini adalah 100% seminar perancangan kewangan holistik. Bukan seminar preview, bukan seminar upsell, dan bukan skim cepat kaya atau MLM.

Bermanfaat tak? Apa pendapat anda?