Analisa kewangan Tips Kewangan

Pasang Aircond ?

“Panas nya Peah. Lajukanlah sikit kipas tu,” kata Pian yang baru balik kerja kepada isterinya.

“Tak boleh laju lagi dah bang. Dah paling laju dah tu. Lainlah kalau ada aircond. Boleh lah sejuk sikit,” kata Peah memerli suaminya.

“Abang bukan tak nak. Tapi tak mampu Peah. Gaji abang ni brapa sen sangat.

Itulah dialog yang mungkin pernah anda lalui. Mampu atau tidak untuk memasang penghawa dingin dirumah.

Kepada mereka yang tidak ada aircond, harganya adalah sekitar RM 1000 sehingga ke RM 2000 mengikut jenama, jenis dan horsepower(hp). Kalau yang 1.0 hp anda boleh dapatkan dibawah RM 1000.

Itu persoalan pertama. Bagaimana pula dengan bil elektrik. Umum tahu bahawa air cond memang menambahkan bil elektrik dengan agak banyak. Tapi berapa sebenarnya?

Untuk mengira bil elektrik bagi penggunaan aircond = Horsepower X 0.746 X bilangan jam guna X hari X tarif elektrik

*1 hp = 0.746 kiloWatt (kW)
*1 kW per jam penggunaan = RM 0.218 (200 kW pertama)

Katakanlah Pian memasang aircond dengan 1.0 hp dan menggunakan 8 jam sehari maka:

Bil = 1.0hp X 0.746 X 8jam X 30 hari X RM 0.218

Bil = RM 39.03

Wow ! Hampir RM 40 penambahan kepada bil elektrik bulanan. Bagi sesetengah rumah, ini adalah peningkatan 100 %. Itu baru satu aircond. Bagaimana jika lebih dari satu aircond? Bagaimana pula sekiranya Pian mengambil horsepower lebih besar? Pasti bil elektrik lebih tinggi. Dan bagaimana pula sekiranya tarif elektrik naik lagi?

Sebagai rujukan sekiranya Pian mengambil horsepower lebih tinggi dengan penggunaan yang sama :

1.5 hp : RM 58.55
2.0 hp : RM 78.06
2.5 hp : RM 97.58

Jadi sebelum memasang aircond, pertimbangkanlah kemampuan kewangan anda. Sama ada anda mampu atau tidak untuk menanggung kos membeli dan memasang aircond, membayar bil elektrik dan tidak lupa, servis aircond. Kalau tidak mampu, pakailah kipas angin itu dulu ya. Jangan badan je sejuk tapi hati bernanah nak bayar bil elektrik setiap bulan.

*Pengiraan mungkin tidak tepat dengan keadaan sebenar

One thought on “Pasang Aircond ?”

Comments are closed.