Pantau Duit Raya Anak-Anak Anda

Pada hari raya ini kanak-kanak la insan yang paling gembira. Mana tidaknya, masa inilah mereka akan dapat kumpul duit raya yang banyak.

Malangnya duit raya ini selalunya akan habis untuk perkara yang tidak berfaedah.

Ada yang akan membeli makanan ringan, ada yang membeli mercun dan ada juga yang menggunakannya untuk ke kafe cyber.

Ini adalah satu pembaziran. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya memantau pembelanjaan anak-anak kita walaupun duit itu adalah pemberian orang.

Sebagai langkah permulaan mendidik anak -anak ialah dengan menyimpan duit raya mereka. Jangan bagi mereka simpan sendiri. Mereka mesti minta daripada anda dan beritahu apa yang mereka mahu belanja jika mereka mahu menggunakannya

Dengan ini anda dapat memantau pembelanjaan anak-anak anda. Anda juga dapat mencegah mereka daripada membeli benda tidak berfaedah.

Banyak berlaku anak-anak yang menggunakan duit raya untuk membeli rokok dan pelbagai lagi benda yang haram tanpa pengetahuan ibu bapa.

Ingat !! Wang juga ada seperti pisau. Jika bijak boleh diguna untuk banyak kebaikan kita tidak silap-silap boleh ‘membunuh’.

Jika anak anda dilihat lebih bertanggungjawab, anda tidak perlu menyimpan duit raya mereka. Sebaliknya hanya meminta mereka untuk memaklumkan pembelanjaan mereka kepada anda.