Makan di Luar Atau Makan di Rumah

“Kau pernah makan dekat restoran Happy Pizza x?”
“Sedap betul aku makan Ice Cream Marvelous hari tu..”
“Kau tak pernah makan SateSedap? Kau tak selalu makan kat luar ke??”

Situasi-situasi seperti di atas selalu berlaku kepada kita. Oleh kerana soalan-soalan ini sering diajukan kepada kita, timbul pula perasaan untuk mencuba sendiri makanan-makanan yang ada. Ada pula yang terpengaruh dengan iklan-iklan yang banyak di televisyen.

Sekarang ini, sudah semakin ramai yang bersarapan dan minum petang di luar. Makan di restoran ni bukannya murah. Ada tu sekali makan dah kena belanja sehingga RM 20 seorang untuk makan malam. Itu belum termasuk parking berbayar dan masa yang dibazirkan untuk cari parking.

Siapa la mulakan budaya makan dekat luar ni..

strawberriCuba kita mulakan budaya masak sendiri di rumah. Banyak sangat resipi yang kita boleh masak sendiri di rumah. Daripada makanan tempatan sehinggalah makanan negara lain.Alaa, resipi kan boleh cari di Encik Google. Selain tu, makanan yang dimasak di rumah lebih sihat dan bersih. Kalau nak makan lebih pun percuma.

Habis tu takkan nak terperap dalam rumah je !!

Ganti aktiviti makan di luar dengan aktiviti-aktiviti luar yang lain. Jadi Orang yang Kreatif !! Anda boleh berpiknik di taman rekreasi yang berdekatan. Boleh juga ajak satu keluarga untuk berjoging bersama. Bukan sahaja jimat duit. Anda juga dapat memelihara kesihatan anda.

Selepas ini kalau ada orang yang tanya sama ada anda pernah makan di mana mana restoran, anda boleh tanya soalan kembali kepada mereka :

“Kau pernah masak pizza tak”.
“Kau pernah bakar sate tak”.
“Hari itu isteri aku masak kek strawberi. Sedap sangat !!”

Biar mereka pula yang tergagap nak jawab