Promosi

KWSP ada kelebihannya tau!

Bagi penjawat awam, pasti anda melalui dilemma memilih skim persaraan di antara skim pencen dan tabungan KWSP. Di sini saya ingin memberi sudut pandang saya kerana soalan ini sering diajukan kepada saya, dan kebanyakan mereka masih ragu ragu yang mana lebih baik.

Hakikat yang perlu kita terima ialah, merancang persaraan adalah perkara yang sangat penting dalam perancangan kewangan. Ketika umur sudah lanjut dan tidak mempunyai kudrat, kita masih memerlukan wang untuk menempuh kehidupan di usia tua. Apatah lagi jika badan sudah tidak kuat dan mempunyai pelbagai penyakit.

Skim Pencen
Manfaat daripada skim pencen ini terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Wang gratuity – dibayar sekaligus selepas bersara
2) Pencen bulanan – bayaran bulanan sehingga kematian atau jika mati awal, diberikan kepada isteri atau sehingga anak bongsu berumur 21 tahun.
3) Faedah perkhidmatan kesihatan dan lain lain.

Skim KWSP
Caruman KWSP berdasarkan dua pihak iaitu caruman daripada majikan sebanyak 12-18%, dan caruman sendiri yang ditolak daripada gaji sebanyak 11%.

1) KWSP adalah simpanan persaraan yang lebih anjal kerana pencarum boleh mengeluarkan simpanan itu untuk pelbagai kegunaan seperti
a. 10% daripada akaun 1 setelah ditolak kepada baki minima mengikut umur untuk dilaburkan ke tempat yang memberi pulangan yang lebih menarik
b. Akaun 2 boleh dikeluarkan untuk bayaran deposit rumah yang dibeli dengan bukan pinjaman kerajaan, pendidikan, bayaran tanggungan bulanan rumah dan sebagainya.
c. Akaun 2 juga boleh dikeluarkan semuanya ketika berusia 50 tahun.
d. Jika akaun KWSP sudah melebihi RM 1 juta, Lebihan itu boleh dikeluarkan.

2) Walaupun ia anjal, hakikatnya anda telah menggunakan dana persaraan anda untuk kegunaan lain. Timbul satu soalan lain, cukupkan wang persaraan nanti?
3) KWSP akan menolak 11% daripada pendapatan anda.
4) Namun majikan anda mencarum untuk anda juga sebanyak 12%.
5) Anda juga perlu menabung untuk perkhidmatan kesihatan selepas bersara
6) Skim pencen pula tidak menolak apa apa dari gaji anda.
7) Skim pencen menjamin wang persaraan secara bulanan. Anda tidak ada risiko tiada wang persaraan dan risiko terbazir wang KWSP untuk perkara lain.
8) Isu syariah. KWSP masih tidak sepenuhnya patuh syariah. Begitu juga dengan KWAP.

Kesimpulan dari pembandingan ini, benar bahawa jika anda bercadang untuk berhenti awal dari perkhidmatan kerajaan,adalah lebih baik mengambil skim KWSP ia lebih anjal. Ini juga kerana majikan mencarum banyak terhadap anda dan anda boleh gunakan duit itu untuk kegunaan lain.
Namun begitu, ia tidak bermakna skim pencen tidak bagus kerana ia bergantung kepada individu. Biarpun manfaat pencen mungkin kecil jika berhenti awal, namun kelebihan gaji penuh jika dimanfaatkan sebaiknya dari segi pelaburan mungkin juga lebih baik dari KWSP.

Untuk mengetahui perbezaan pencen dan KWSP jika berhenti awal sangat kompleks kerana parameter terlalu banyak. Contohnya tahun berapa mahu berhenti, dan tidak sama untuk setiap individu.
Jadi kita focus kepada yang akan bekerja sehingga bersara wajib.
Jika anda berhasrat untuk kekal berkhidmat sehingga bersara, mungkin pembandingan kuantitatif dapat membantu anda membuat keputusan antara skim pencen dan caruman KWSP.
Jadi bagaimana, mana pilihan anda, pencen atau KWSP?

jadual-basic-savings-epf-2017

 

Kami sedia membantu mengira kelayakan pelaburan Akaun 1 dari KWSP anda. Hubungi kami sekarang!