Kereta Apa yang Anda Mampu?

Pian baru tamat universiti dengan segulung ijazah. Tidak sampai sebulan selepas itu, Pian mendapat panggilan telefon.

“Kami tawarkan Encik Pian jawatan Pembantu Jurutera dengan gaji permulaan sebanyak RM 3***. Harap En Pian menerima tawaran kami dan mula bekerja Isnin hadapan.”

“Pergh, boleh tahan jugak gaji aku ni. Dah la baru ‘grad’ je.” kata Pian dalam hatinya.

Pian menerima tawaran dan memulakan kerjanya dengan semangat. Tambahan pula bekerja di syarikat pengeluar kereta. Mesti Bangga beb !!

Ketika sibuk memeriksa kereta, Pian disapa Samad. “Kau ni, hari hari sibuk belek kereta, tak rasa nak beli sebuah ke? Gaji ‘masyuk’ takkan naik motor je..”

“Mmm, aku memang ada ‘plan’ nak beli kereta. Tapi tak tau nak beli kereta apa. Kau rasa dengan gaji aku ni, kereta apa patut aku beli?”

Pada pendapat anda, kereta apa patut Pian beli?

Kepada mereka yang mahu membeli kereta/kenderaan untuk kegunaan peribadi, nilai kereta mestilah tidak melebihi gaji tahunan anda. Tidak termasuk bonus ya..

Dalam kes Pian, katakanlah gajinya RM 3000. Maka nilai kereta yang Pian harus beli mestilah tidak melebihi RM 36000 (RM 3000 X 12).

“Takkan Gaji RM 3000 pakai kereta RM 36000 ja.”

Itulah hakikatnya. Anda harus ingat bahawa apabila anda membeli kereta, anda juga akan mempunyai perbelanjaan lain seperti minyak kereta, tol, servis, takaful(insuran), cukai jalan dan juga kos-kos lain. Jadi kemungkinan gaji anda itu tidak cukup sebenarnya.

Jangan terikut orang lain yang menjadikan kereta sebagai lambang status kekayaan jika tidak mampu, kerana akhirnya kereta hanyalah alat untuk membawa kita dari point A ke point B sahaja.