Jauhi Shopping Complex

Nak main boling, pergi shopping complex
Nak beli barang dapur, pergi shopping complex
Nak makan pun pergi shopping complex
Ada tu, nak beli ubat pun di shopping complex juga.

Itulah realiti masyarakat hari ini. Boleh dikatakan hampir semua aktiviti dan masa akan diluangkan di shopping complex lebih lebih lagi hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan. Tak boleh bayang apa akan jadi tanpa shopping complex.

“Apa masalahanya?”

Memang masalah. Terutamanya bagi mereka yang cukup-cukup makan. Apabila anda ke shopping complex, kebarangkalian anda untuk ‘overspend’ adalah tinggi. Ya lah, dekat sana kan ada macam-macam.

Parking kena bayar. Lepas tu, mesti akan makan kat sana sekali. Kalau makanan murah tak apa juga.

“Niat nak pergi makan je, tapi akhirnya terbeli jugak baju.”
“Niat nak beli buku, tapi last-last terbeli handphone.”

Jika tak ‘terbelanja’ pun, anda pasti tidak dapat mengelak daripada melihat pelbagai barang, gajet, atau servis yang anda berkenan. Akhirnya anda akan sedih sebab tak mampu untuk membeli barang-barang tersebut.

Ada tu merungut sebab anak-anak selalu meraung nak kan sesuatu apabila ke shopping complex tetapi malangnya setiap minggu masih bawa mereka ke sana.

“Habis nak pergi mana?”

Memang tak dinafikan, memang kita harus ke shopping complex untuk mendapatkan beberapa barang, namun bukanlah sampai setiap minggu kita ke sana. Sekali sekali tu tak apa la.

Cuba pelbagaikan tempat untuk luangkan masa. Contohnya taman rekreasi, zoo, perpustakaan, ataupun mandi manda di sungai dan tepi pantai. Anda juga boleh luangkan masa untuk bersukan dan rekreasi. Cuba jadi kreatif sikit dalam meluangkan masa hujung minggu.

Ataupun luangkan masa hujung minggu untuk menziarah kawan-kawan ataupun rumah saudara-mara yang sudah lama tak diziarah. Dapat jugak pahala.

Ingat, jika kita ingin elak dari dosa, jauhi tempat maksiat. Jika ingin elak terlebih belanja, jauhi lah shopping complex 🙂