download

Hutang RM100K, Langsaikan Dulu atau Terus Melabur?

Tiada jurus magik, tapi disiplin dan konsisten itulah sebenarnya magik.

100k tunai dan 100k hutang jahat. Mana patut buat dulu. Bayar hutang atau labur dulu?

 

PERIKSA ALIRAN TUNAI

Pertama sekali saya akan check aliran tunai. Kalau aliran tunai tiada masalah, option terbaik adalah labur dahulu.

Bagaimana dikatakan aliran tunai tiada masalah? Ada duit lebihan/aliran tunai minimum 10%. Duit masuk tolak semua duit keluar, masih berbaki berjumlah 10% dari gaji bersih.

Ada beberapa client saya banyak hutang dan ada cash begini, namun cashflow mereka tinggi. Jadi tidak sangat berisiko melabur dahulu.

 

KETAHUI NILAI ASET BERSIH (NET WORTH)

Apabila kita berhadapan situasi 100k cash dan 100k liabiliti, net worth sebenarnya 0. Jika beliau tutup 100k liabiliti (takde hutang), net worth tetap.0. Melainkan beliau ada aset dan hutang baik yang lain yang akan improve networth beliau.

Seperti item no 1, kalau CF positive biasanya taklah sesak sangat. Kalau risau hutang ni, baiklah tutup sahaja.

Bermula melabur dengan 0 atau 100k cash berbeza hasilnya. Bezanya daripada compounding effect.

 

LIQUIDITY RATIO

Lihat kepada Liquidity ratio, dengan adanya 100k tunai sudah pasti liquidity ratio tinggi dan mencukupi. Sekurangnya 10 bulan. Jadi boleh afford untuk melabur dahulu.

 

KRITERIA UNTUK MELABUR

Jika keputusan mahu melabur, ada beberapa kriteria yang perlu diperhatikan.

  1. Pastikan pulangan yang mahu dijana nanti lebih daripada kos hutang liabiliti tersebut.
  2. Cara yang baik ialah puratakan kos liabiliti tersebut.
  3. 100k labur tempat bagi pulangan 5%, tapi liabiliti average cost pun 6%. Rugi.
  4. Labur tempat 10%, liability cost 6%. Ok dah.
  5. Cara lain lihat satu satu liability tersebut. Jika ada liabiliti yang kosnya melebihi pulangan pelaburan, tutup liabiliti tersebut.
  6. Contohnya, 100k liability yang average 6%, tetapi terdiri daripada 1%, 3%, 8%. (Pengiraan average perlu guna weighted method, ini contoh sahaja). Jadi tutup 8% tu dahulu supaya rendahkan kos liability tadi.
  7. Jadi duit cash lebihan boleh fokus labur dengan lebih tenang dan nyaman. Tak semudah separuh separuh macam yang ramai komen tu. Bila kira baru nampak sikit.
  8. jangan labur ke tempat yang kurang cair. Contoh aset kurang cair adalah hartanah, bisnes. Labur ke tempat yang cair seperti unit amanah, saham, asb, th, etc. Kalau ada apa apa berlaku, senang nak cairkan.
  9. Janganlah leverage lagi kalau boleh. Sekarang ada cash dan hutang. Cash tu pulak pi buat margin account untuk saham, buat pelaburan berasaskan pembiayaan lagi.

Jadi bestlah konon labur tempat return tinggi kan? Ini tak semudah yang disangka. Cakap senang, buat memang terkial kial.

Rule no 1, kalau rasa tak mampu melabur dan dapat untung lebih daripada kos liabiliti tadi, tutup ajer hutang lebih mudah.

Namun jika mahu melabur, pastikan ada ilmu. Pastikan praktis. Pastikan berpengalaman.

Kalau takde dapatkan bantuan. Ehem ehem..

Bina portfolio. Cari penasihat pelaburan untuk bina portfolio anda. Kalau boleh dia sendiri memang pelabur. Ehem ehem…

Jangan masuk MLM, jangan masuk Skim Cepat Kaya. Lupakanlah invest dapat bulan bulan ni. Tiada benda mudah dalam dunia ni. Yang mudah tu biasanya menipu.

 

Nak tahu lebih lanjut bagaimana tip dan trik dalam kewangan, anda boleh sertai Bengkel Bina Pelan Kewangan.

Sila klik sini –> http://bit.ly/BinaPelanKewangan

Sila klik sini –> http://bit.ly/BinaPelanKewangan

Sila klik sini –> http://bit.ly/BinaPelanKewangan

Bermanfaat tak? Apa pendapat anda?