Hidup Gembira Tanpa Kad Kredit.

Siapa tiada kad kredit ? Bagi mereka yang sudah berkerjaya, memiliki kad kredit merupakan perkara biasa. Ada yang menganggap bahawa pelik jika seseorang itu tidak mempunyai kad kredit.

Ya, memang seronok pakai kad kredit. Kita boleh belanja sesesuka hati dan hanya perlu membayar balik wang yang digunakan setiap akhir bulan apabila sudah mendapat gaji.

Namun ada yang tertewas dengan nafsu berbelanja. Segala macam jualan murah telah membuatkan mereka terlebih belanja dan akhirnya tidak mampu untuk membayar balik wang digunakan secara apabila mendapat gaji.

Berikut merupakan tanda awal jika anda ada masalah hutang dengan kad kredit :

1. Tidak mampu membuat bayaran minimum ke atas kad kredit
2. Selalu kena denda bayaran lewat.
3. Kad kredit digunakan sebagai cara bayaran utama.

Kepada mereka yang sudah tersangkut dengan hutang kad kredit yang banyak. Anda haruslah :

1. Kurangkan atau berhenti terus penggunaan kad kredit.
2. Bayar lebih daripada bayaran minimum.
3. Jika anda mempunyai pendapatan tambahan, Jangan Belanja Semua. Gunakan untuk bayaran kad kredit.
4. Kira berapa lama anda perlu bayar dan berapa faedah keseluruhan yang anda akan bayar
5. Yang paling penting ; berjimat-cermat dan jangan boros lagi

Memang ada yang mampu menggunakan kad kredit secara berhemah. Jika anda mahu menggunakan kad kredit, semak balik kemampuan anda mengurus kewangan.