Hantaran Kahwin

Selamat pengantin baru, semoga ke anak cucu,
Bahgia kekal abadi, sentosa murah rezeki..

Ahah !! Tips kali ini ditujukan khas untuk mereka yang masih bujang. Kalau ada yang dah kahwin tu boleh juga, mana tau nak buka cawangan baru 

OK. Cuba bayangkan suasana perrnikahan di masjid di dalam fikiran anda. Suara-suara perlahan yang tidak jelas butir-butirnya.
Kanak-kanak kecil yang tidak reti duduk diam. Dan orang ramai mencari tempat duduk menghadap si pengantin lelaki. Dalam suasan begini, mata pasti tertumpu pada si pengantin lelaki dan tok kadi. Kadang-kadang mata tercari-cari juga si pengantin perempuan.

Tapi kali ini jangan tumpukan pandangan pada pengantin. Kita tumpu pada hantaran-hantaran yang banyak itu. Kalau hantaran untuk si lelaki pasti ada jam tangan,kasut dan juga mungkin sepasang baju. Kalau si perempuan pula pasti ada minyak wangi, dan juga bag tangan. Al Quran dan sejadah itu pasti ada sebagai cukup syarat.

Ada sesuatu yang kurang tak?

Kalau diperhatikan, dalam berbelas-belas dulang hantaran yang ada, kesemuanya hanya untuk manfaat segera (melainkan al-Quran). Tiada satupun yang mampu memberikan manfaat pada masa akan datang. Betul tak ?

Beribu-ribu dihabiskan untuk barangan mewah semata-mata.

Apa kata kita selitkan sesuatu yang mampu memberi manfaat untuk jangka masa panjang seperti perlindungan Takaful. Anda boleh pamerkan replika polisi Takaful anda di dalam dulang seperti hantaran lain. Walaupun tidak pernah dibuat orang, tidak semestinya ianya tidak baik. Kata sayang, tapi hantaran tiada pun yang mampu melindungi si isteri.

Sebenarnya, jika pengantin memberi perlindungan Takaful, ini menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan pengantin lelaki kepada si isteri. Kalau si pengantin mampu, ambillah polisi yang bernilai tinggi. Ada yang bernilai sehingga RM 1 juta tau !!

Jadi berpada-padalah dengan adat mempamerkan kemewahan ini. Kadang-kadang sampai berhutang untuk membeli hantaran. Lebih baik wang itu digunakan untuk hantaran yang mampu memberi manfaat pada masa hadapan kepada kedua-dua pengantin