Gaji Naik , Belanja pun Naik !!

“Dulu gaji RM 3000 rasa macam tak cukup. Sekarang gaji RM 4500 pun macam tak cukup lagi. Apa kena nih !!”

Ish, mana nak cukup cik abang oi !!

Dulu pakai kereta tempatan sekarang cita rasa pun dah meningkat. Apa kelas pakai kereta tempatan, kereta buatan German lah baru bergaya.Kalau dulu makan tengah hari dekat warung tepi jalan pun tak kisah. Sekarang, kena makan kat hotel baru sepadan dengan pangkat.

Inilah punca utama kenapa kebanyakkan kita tidak pernah cukup duit. Daripada kerja kerani biasa sehingga naik pangkat jadi pegawai tinggi pun gaji masih tak cukup-cukup.

Masalah nya bukan gaji yang tak cukup tetapi sebenarnya NAFSU kita yang tidak pernah cukup.

Tidak mampu mengawal nafsu berbelanja merupakan punca utama kenapa gaji anda tidak pernah cukup. Sikap mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dan orang sekeliling yang hidup mewah menjadikan anda turut sama berbelanja tanpa merancang terlebih dahulu. Jiran sebelah besarkan rumah, kitapun turut sama nak besarkan rumah. Orang lain nak melancong luar negara, kita pun sibuk sama nak melancong luar negara.

Sepatutnya, tambahan gaji yang anda perolehi itu haruslah disimpan dan dilaburkan untuk saham amanah ataupun polisi takaful demi masa depan anda dan keluarga (Pastikan yang patuh syariah). Wang ini mampu menjadi simpanan anda selepas persaraan nanti. Takkan nak harapkan KWSP sahaja !!Itu pun sebab KWSP diwajibkan. Kalau tidak pasti habis semua duit anda.

Dan jangan Terkejut !! Masih ramai diluar sana yang dulunya berpendapatan hampir 5 angka namun tidak cukup wang selepas bersara.

Kalau tidak mahu melabur semua, sekurangnya-kurangnya melaburlah separuh daripada peningkatan gaji anda. Kalau gaji naik RM 500, simpan dan melaburlah sekurang-kurangya RM250. Selebihnya anda bolehlah tingkatkan kualiti hidup anda dan keluarga. Nak besarkan rumah ke, nak melancong ke. Terpulanglah kepada anda.

Justeru itu, jadilah insan yang apabila pendapatannya bertambah, bukan sahaja gaya hidupnya meningkat, tetapi pelaburan dan simpanan untuk masa hadapannya juga bertambah