DIY Financial Plan : Elemen dalam Pelan Kewangan (siri 2)

ELEMENT PERSONAL FINANCIAL PLAN

 

Modul 100 : D-I-Y Personal Finance Plan (100)
Bab 100.2 : Elemen dalam Pelan Kewangan
Tarikh: 17/05/2013

Untuk membina Pelan Kewangan yang lengkap, ada 8 elemen penting yang perlu dirancang.

1) ANALISA KEWANGAN INDIVIDU
Kenal pasti situasi kewangan kita sekarang. Sihat atau tidak?

2) MATLAMAT KEWANGAN
TIada matlamat, tiadalah usaha. Perlu tetapkan matlamat untuk apa sahaja.

3) PENGURUSAN RISIKO & TAKAFUL
Kenalpasti risiko yang berkaitan dengan diri kita, keluarga dan kerjaya.

4) PELABURAN
Kembangkan harta anda daripada dimakan inflasi dan dapatkan keuntungan jangka panjang.

5) PERANCANGAN PERSARAAN
Simpanan hari tua anda.

6) PERANCANGAN ZAKAT & CUKAI
Hendak atau tidak, hidup perlu menyumbang kepada negara dan ummah. Pengurusan yang efisien mampu menjimatkan banyak perkara.

7) PERANCANGAN PUSAKA
Jangan tinggalkan waris anda meminta-minta.
 PERANCANGAN WAKAF, SEDEKAH
Kaya dunia belum cukup, mesti kaya akhirat..

Action Item:
1) Buka Microsoft Word atau Excel atau apa sahaja software, mula lakarkan Peta Minda seperti dalam gambar.
2) Letak apa yang anda sudah ada sekarang. Tick mana yang ada dan mana yang tiada.

Sila tanya diruangan komen.