Didik Anak Dengan Belanja Raya.

Syukur kita dapat dipertemukan dengan bulan Ramadhan lagi sekali. Bagaimana dengan puasa anda ? Ada yang dah ponteng ke?

Kali ini fokus kita pada raya yang akan tiba. Amat penting untukmerancang kewangan raya lebih awal. Lebih elok lagi jika anda sudah rancang sebelum bulan puasa lagi.

Bagi ibu bapa, ambil peluang ini untuk mendidik anak-anak anda mengenai pengurusan kewangan. Antara caranya ialah dengan memberi bajet kepada anak anda untuk berbelanja.

Sebelum ini mungkin anda membelikan baju raya anak anda dengan mengikut jumlah. Contonya seorang anak 2 pasang baju. Dan harganya mungkin tidak sama.


Tetapi cuba ubah dengan memberi wang kepada mereka dan memberi mereka kebebasan untuk memilih apa yang mereka mahu beli. (Pastikan ‘syariah complince’ tau !!)

Contohnya (ikut kemampuan) :
Sekolah menengah : RM 200
Sekolah rendah :RM 150
Universiti : RM 100 (sudah ada duit sendiri)

Dengan ini anda akan mengajar anak anda untuk peka dengan harga sesuatu barang. Bukan hanya tahu minta pada ibu bapa tanpa pertimbangkan harga.

Selain itu anak-anak akan dapat belajar untuk berjimat dan mengawal nafsu berbelanja mereka.

Kalau anak yang minat kasut mungkin mereka akan kurangkan membeli baju. Kalau yang ingin membeli kemeja mahal mungkin tidak perlu membeli baju melayu dan hanya pakai baju melayu tahun sebelumnya.

Selamat mencuba.